Israeli and Palestinian Flags

 

Soalan lazim

 

1)Q- Bolehkah saya mendapatkan penjelasan ringkas mengenai konfederasi Israel-Palestin?

Pada dasarnya konfederasi Israel-Palestin adalah kerajaan ketiga bagi kedua-dua rakyat Israel mahupun Palestin. Konfederasi ini tidak membubarkan kerajaan semasa Israel mahupun Palestin sebaliknya Israel dan Palestin masih lagi tertakluk kepada undang-undang kerajaan masing-masing. Namun begitu konfederasi ini merupakan satu badan bebas yang mewakili Israel dan Palestin bersama. Di bawah perlembagaan konfederasi, terdapat 300 ahli parlimen mewakili 300 daerah keseluruhan di Israel, Tebing Barat dan Gaza. Bagi meluluskan sebarang undang-undang maka diperlukan 55% daripada Parlimen Israel dan Palestin untuk mengundi ‘’ya’’ bagi undang-undang yang sama. Kerajaan Israel dan Palestin mempunyai kuasa veto ke atas undang-undang tersebut; jika kedua-dua kerajaan tersebut mengenakan veto ke atas undang-undang tersebut maka ia tidak akan dikuatkuasakan. Jika gagal maka undang-undang tersebut akan dikuatkuasakan. Kami mencadangkan agar anda membaca perlembagaan konfederasi ini secara lengkap di laman web.

2) Q- Siapakah yang layak untuk mengundi dalam konfederasi ini?

Mengikut perlembagaan konfederasi Israel-Palestin, pilihanraya seharusnya dijalankan dalam Israel dan Palestin. Dalam memastikan kelayakan untuk mengundi, seseorang itu harus menjadi warganegara Palestin atau Israel dan mencapai umur 18 tahun. Pengundi mestilah penduduk tetap Israel atau Palestin pada waktu pilihanraya dan mestilah berada di dalam wilayah Israel atau Palestin sewaktu mengundi.
 

3)Q: Apakah lokasi geografi konfederasi Israel-Palestin?

Lokasi Geografi bagi konfederasi ini adalah keseluruhan negara Israel( termasuk Bukit Golan), Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Kawasan ini disebut dalam perlembagaan Israel dan Palestin

4)Q: Siapakah yang layak untuk menguruskan Parlimen Konfederasi ini?

Dalam melayakkan diri sebagai ahli Parlimen seseorang itu mestilah tidak kurang daripada berusia 21 tahun dan merupakan warganegara Israel atau Palestin dan sekurang-kurangnya 180 hari menjadi penduduk tetap di daerah di mana dia membuat pencalonan.

5)Q. Siapakah yang layak untuk bertanding bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden konfederasi ini?

Presiden atau Timbalan Presiden mestilah warganegara Israel atau Paletin dan mestilah berusia sekurang-kurangnya 35 tahun. Presiden haruslah berkhidmat selama 2 tahun dan bertukar dengan Timbalan Presiden selepas 2 tahun. Jika Presiden adalah warganegara Palestin, Timbalan Presiden haruslah warganegara Israel. Calon yang mendapat undi tertinggi akan dilantik menjadi Presiden; calon kedua tertinggi akan dilantik menjadi Timbalan Presiden. Kedua-dua Presiden dan Timbalan Presiden mestilah penduduk tetap Israel atau Palestin sekurang-kurangnya 180 hari.

6) Q: Apakah yang terjadi jika kerajaan Israel-Palestin menentang pilihanraya ini?

Konfederasi ini adalah entity yang bebas. Ia melibatkan Israel atau Palestin. Konfederasi ini merupakan kerajaan ketiga terdiri daripada Israel dan Palestin. Kami tidak berniat menggantikan kerajaan Palestin atau Israel. Kami percaya kuasa politik kami bergantung kepada sokongan tempatan dan antarabangsa. Jika kami berjaya mendapatkan penglibatan dari Israel dan Palestin serta sokongan masyarakat antarabangsa maka kami akan dapat meluluskan undang-undang. Kami percaya kerajaan Israel dan Palestin akan faham peluang dan khidmat yang kami sediakan untuk rakyat mereka.

7)Q: Apakah yang akan terjadi jika kerajaan Israel dan Palestin mengabaikan keputusan konfederasi?

Kerajaan Israel dan Palestin tidak boleh mengabaikan keputusan jika kami mendapat sokongan majoriti daripada rakyat Israel, Palestin dan komuniti antarabangsa. Mereka harus meneliti cadangan yang kami sediakan. Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab tidak boleh mengabaikan resolusi yang dikemukakan oleh konfederasi dan pada masa yang sama mendakwa mereka tidak meletakkan batu penghalang ke arah kedamaian.

8)Q: Bagaimana konfederasi mengelakkan penipuan dalam pilihanraya?

Kami meyakini tidak ramai orang yang akan melakukan penipuan dalam pilihanraya ini. Mungkin ada sesetengah individu mahu menghalang pilihanraya it terus justeru kami menyediakan beberapa alternatif untuk mengelakkan ‘hacking’ atau gangguan. Kami menggunakan teknik menghantar emel, wawancara melalui telefon dan pemeriksaan individu untuk memastikan sesiapa yang bertanding sebagai calon dan sebagai pengundi akan menyediakan informasi yang sah. Idea mengundi secara online telah diterima oleh banyak negara di serata dunia berikutan undian secara konvensional bukanlah 100% selamat. Kami percaya sistem kami adalah selamat dan lebih baik daripada pengundian secara konvensional.

9) Q: Adakah jumlah ahli Parlimen Israel dan Palestin sama?

Jumlah ahli Parlimen Palestin pada 12 December 2012 dijangka seramai 107 orang berdasarkan populasi Palestin ketika ini yang seramai 4 juta orang. Jumlah ahli Parlimen Israel akan mencapai kira-kira 193 orang berdasarkan jangkaan populasi Israel seramai 7.5 juta. Kami menggunakan angka-angka ini berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh biro Palestin dan Israel justeru jumlah ini mungkin berubah jika terdapat sebarang perubahan dalam populasi. Ia adalah penting untuk memahami bagaimana undang-undang itu diluluskan. Dalam meluluskan undang-undang maka diperlukan 55% undiang daripada kedua-dua belah pihak. Jumlah wakil Palestin dan Israel boleh berubah bergantung kepada jumlah pertumbuhan populasi di masa hadapan.

10)Q. Where will the Parliament members meet, and how will they vote and discuss legislation?

Q: Di manakah ahli Parlimen akan bertemu dan bagaimana mereka mengundi dan bersidang?

Pada awalnya Parlimen dan Konfederasi akan berbincang dan bertemu di Internet. Kami percaya internet dapat mengatasi masalah tempat dan masa. Selain itu, siding dan pengundian akan dijalankan secara telus di mana seluruh dunia dapat melihat bagaimana siding itu dijalankan dan bagaimana ahli Parlimen mengundi.

11)Q. Adakah ahli Parlimen dan konfederasi mendapat elaun?

Pada awalnya semua ahli Parlimen dan Konfederasi tidak mendapat sebarang elaun tetapi Konfederasi akan mengumpul dana yang mencukupi untuk memberi elaun kepada ahli Parlimen dan Konfederasi.

12)Q. Adakah rakyat Israel dapat mengundi untuk Palestin dan sebaliknya?

Pilihanraya ini berdasarkan daerah dan seseorang boleh mengundi calon daerah masing-masing tanpa mengira kewarganegaraan calon.

13)Q. Bagaimana jika daerah tersebut mempunyai warganegara Israel dan Palestin?

Seseorang itu boleh mengundi calon daerah masing-masing tanpa mengira kewarganegaraan calon atau pengundi

14)Q. Bolehkah warga Israel dan Palestin yang tinggal di luar Israel atau Palestin mengundi?

Tidak. Untuk menjadi pengundi maka seseorang itu haruslah menetap di sesebuah daerah Palestin atau Israel selama 6 bulan.

15) Bolehkah seseorang itu bertanding untuk jawatan Presiden dan Parlimen dalam masa yang sama?

Ya tetapi jika beliau dipilih ke Parlimen dan untuk jawatan Presiden atau Timbalan Presiden, dia harus membuat pilihan. Beliau tidak boleh menjawat jawatan dalam parlimen dan sebagai Presiden/Timbalan Presiden dalam masa yang sama.

16)Q. Mengapa Konfederasi ini mampu mencapai keamanan sementara kerajaan Israel dan Palestin tidak berjaya?

Pendekatan semasa: Kerajaan Israel dan Palestin berunding dengan sentimen permusuhan. Pendekatan IPC: Kerajaan bebas untuk Palestin dan Israel; menyelesaikan masalah dengan persetujuan kedua-dua belah pihak Pendekatan semasa: Kerajaan Israel dan Palestin berpecah sewaktu isu rundingan damai. Pendekatan IPC: Menumpukan masa 100% berunding isu keamanan. Pendekatan semasa: Kedua-dua kerajaan Israel dan Palestin mempunyai banyak konflik dan berusaha dengan menggunakan kekerasan antara satu sama lain pada masa yang sama. Pendekatan IPC: Hanya satu: Keamanan. IPC tidak mempunyai tugasan lain selain keamanan. Pendekatan semasa: Rundingan antara Israel dan Palestin selalunya diiringi dengan keganasan. Keganasan selalu digunakan untuk menghentikan sebarang rundingan dan persetujuan antara kerajaan. Pendekatan IPC: Sesi Perundangan IPC akan mengambilkira seramai 300 ahli parlimen melalui mesyuarat dan undian.Isu-isu penting akan diselesaikan dengan cara yang baik.

17)Q Bagaimana Konfederasi ini dapat menyelesaikan masalah penjajahan, Al-Quds, Pelarian dan keganasan?

Kami tidak tahu bagaimana Parlimen Konfederasi akan menyelesaikan isu ini tetapi kami mempunyai beberapa elemen yang boleh dijadikan asas untuk menyelesaikan masalah ini:
1)Objektif: IPC ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dan sebarang idea mahpun cadangan mestilah dapat diterima oleh kedua-dua pihak tersebut.
2) Tanggungjawab: IPC ditubuhkan untuk berunding dan mencapai persetujuan antara ahli parlimen. Tujuan utama IPC adalah mencapai keamanan.
3) Fleksibiliti: IPC mempunyai flesksibiliti yang tinggi untuk mencadangkan sebarang solusi yang tidak pernah dicadangkan oleh kerajaan Israel atau Palestin.
4) Akses: Memandangkan IPC terdiri daripada warga Palestin dan Israel maka IPC membolehkan rakyat kedua-dua negara mendapat akses terus kepada kerajaan yang mana pada ketika ini tidak dapat dicapai.

18)Q. Jika saya tidak mempercayai mereka bagaimana saya boleh bersama dengan mereka dalam satu kerajaan?

Konfederasi ini ditubuhkan untuk mewujudkan kerjasama antara kedua belah pihak. Kami mempunyai sistem ‘periksa dan timbang’ supaya tidak ada mana-mana pihak dalam mengambil kesempatan ke atas pihak yang lain. Ia memerlukan kerjasama kedua-dua belah pihak. Contohnya, untuk meluluskan undang-undang anda memerlukan sekurang-kurangnya 55% undian daripada Palestin dan Israel. Jika tidak maka undang-undang tersebut tidak boleh diluluskan. Begitu juga jika kerajaan Israel atau Palestin mengenakan veto ke atas undang-undang tersebut maka undang-undang tersebut tidak dapat diluluskan. Sila baca keseluruhan perlembagaan kami dan anda akan dapat lihat bagaimana kami begitu peka dengan isu kesamarataan dan kerjasama.

19)Q. Adakah adil orang luar mengawal Konfederasi?

Berdasarkan sejarah sehingga sekarang semua entiti di seluruh dunia cuba untuk mendapatkan pengaruh di kawasan ini. Bahkan kewujudan kerajaan Israel adalah di luar kawasan dan konflik Israel-Palestin merupakan isu global dan semua komuniti dunia dipengaruhi dengan konflik ini. Ia menjadi topic perbincangan, penulisan dan media. Warga Israel dan Palestin ada di serata dunia dan mempunyai hubungan emosi, politik dan ekonomi yang erat terhadap kawasan ini. Kerajaan dan individu cuba melobi kerajaan masing-masing dalam konflik ini dan kerajaan Israel mahupun Palestin gagal untuk mencapai sebarang resolusi sebaliknya ia bertambah buruk. Organisasi kami terdiri daripada warga Palestin, Israel dan individu pelbagai latarbelakang dan agama. Kami percaya keadilan dan pendekatan bijak adalah lebih baik untuk menyelesaikan sebarang masalah. Justeru kami berbangga dapat memberikan sebarang mekanisme untuk menyelesaikan konflik ini.

20)Q. Siapakah yang dianggap sebagai warga Palestin?

Warga Palestin adalah mereka yang diiktiraf oleh undang-undang Palestin sebagai warganegara Palestin.

21)Q. Siapakah yang dianggap sebagai warga Israel?

Warga Israel adalah mereka yang diiktiraf oleh undang-undang Israel sebagai warganegara Israel.

22)Q. Bolehkah perlembagaan ini ditukar?

Ya. Parlimen Konfederasi boleh meminda Perlembagaan, mencadangkan pindaan yang akan diluluskan oleh ahli Parlimen Israel-Palestin.


23)Q. Bagaimana saya boleh membantu?

Jika anda penduduk di kawasan Israel atau Palestin anda boleh mendaftar sebagai pengundi atau calon Parlimen atau Presiden. Jika anda berada di luar kawasan, anda boleh mendorong sesiapa yang berada di dalam Israel atau Palestin untuk mendaftar sebagai pengundi dan bertanding dalam Parlimen atau Presiden. Dapatkan pengetahuan mengenai subjek ini. Bacalah material kami dan kami percaya lebih banyak anda membaca lebih banyak anda tahu tentang Konfederasi ini. Tanpa mengira anda memihak kepada sesiapa, kami memerlukan bantuan kewangan. Anda boleh membuat sumbangan melalui online. Sila layari ‘’contribution page’’ kami dan bersama-sama mencipta sejarah baru.

Translation made available by:
Mohd Zharif Shafiq Bin Badrul Hisam
Email: zshafiqz@gmail.com

 
Sign up for our Email Newsletter
Privacy
Sign up for our Email Newsletter